Resepi Brownies Kedut Simple
18:16
ramai sangat yg mintak dekat i resepi brownies kedut i buat ni, so why not i share dgn u gais, resepi yg sangat mudah tak payah pakai mixer pon. dalam 30 minit dah boleh siap penyediaan nya!
ok mari kita mulakan!
BAHAN-BAHAN:
150g unsalted butter (i guna brand anchor)
400g dark chocolate (i guna brand beryls)
4 biji telur gred B
100g gula kastor
100g gula perang
1 sk esen vanila
100g tepung naik sendiri (i pakai brand blue key)
30g serbuk koko
ayak tepung naik sendiri bersama dn serbuk koko.
dalam bekas lain, cairkan dark chocolate + butter menggunakan kaedah double boil.
dah cair macam ni, ketepikan sekejap.
dalam bekas lain, pukul telur + gula perang + gula kastor + esen vanila menggunakan whisk, pukul selama 5 minit.
masukkan adunan tadi ke dalam adunan coklat tadi. kacau rata.
kemudian masukkan tepung yg diayak tadi ke dalam adunan sikit demi sikit, dan gaul sebati.
masukkan adunan ke dalam loyang yg telah digris atau boleh jugak lapik baking paper. i guna loyang 10" x 10".
bakar pada suhu 160C selama 50 minit bergantung pada oven masing2 ye...
dah masak, biarkan dia sejuk seketika dalam oven, selepas 30 minit bolehla sejukkan pada suhu bilik. dan terhasil lah brownies kedut anda!! yeay!
dan boleh la hias brownies anda mengikut citarasa anda. lebih sedap kalau letak topping salted caramel atau pun buah strawberry. sbb nya brownies ni dah manis so perlu la sebatikan balik rasa dia dgn sesuatu yg masin atau masam.
okay. SELAMAT MENCUBA!
0 comments