resepi sangkaya ala boat noodle mudah
18:46
Petang petang yang dingin ni pabila perut pon meminta minta untuk diisi apa kata kita ke dapur buat apa yang patut, yang mudah dan ringkas asalkan kenyang. Disebabkan i disappointed pi boat noodle dekat aman sangkaya habis, so why not i balik buat sendiri je. lagi puas hati sebab seorang diri boleh habiskan sebuku roti. HAHA!
okayyyyy.. dibawah adalah bahan bahan yg diperlukan. i pakai sukatan sudu je lebih senang tak payah nak timbang timbang gram bagai, menyusahkan kan?
BAHAN-BAHAN :
2 sb (sudu besar) gula
2sb tepung jagung
2sb air
2sb susu cair
1 biji telur (ambik kuning sahaja)
150g santan (dlm secawan)
1 ketul gula melaka
8 helai daun pandan
CARA-CARA NYA:
first sekali, hampa blend daun pandan atau kalau rajin tumbuk la daun pandan tu, lepastu tapis, kita nak ambik air dia je, banyak mana pon tak kisah la sebab kita just nak ambik bau pandan dia je.
campur kesemua bahan kecuali tepung jagung. masak atas api yg perlahan sampai semua sebati dan gula pun larut.
dah gula pun larut dan sebati semua masuk kan tepung jagung. kacau sampai adunan pekat.
agak-agak nak texture yg cantik, boleh tambah sedikit pewana hijau. jangan terlebih taruk nanti hijau bak hutan rimba plak kan sangkaya tu. sikit sudah memadai.
dah siap, boleh masukkan dalam mangkuk and hidang bersama susu cair, baruu rasa lemak lemak sikit sangkaya tu nanti.
and then, ini yang penting. ROTI BENGALI. roti bengali ni favorite betul kalau makan dengan gulai (kari). hahaha! beli je dkt kedai, ni i beli RM2.00 je nak including gst. murah yaaa amat kan..
and potong la comei comei gini...
pastu... stim kan sekejap bagi lembut. kalau malas sangat tu tak payah stim pon takpa, makan begitu saja pon boleh dah. tapi i suka kalau stim sikit la kasi lembut panas panas gitu sedap dimakan.
dah siap stim semua,boleh la dihidangkan! yums!
sangat mudah kan... tak payah susah susah p makan dekat boat noodle, dekat rumah pon boleh, makan sambil lepak depan tv.. oh sungguh nikmat!
k.. SELAMAT MENCUBA~
0 comments